Monday 1 September 2014

17 May 2014 telahpun berlalu 3 bulan lebih lamanya.

Tarikh bersejarah bagi koperasi kami bersempena Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke 18 dan perasmian operasi  27 teksi Persona oleh bekas Yang Dipertua koperasi dahulunya dan kini YAB Menteri Besar Johor.

Kehadiran Mesyuarat Agung kali ini juga merupakan rekod kehadiran tertinggi disepanjang 18 tahun ujudnya  koperasi Pemandu Teksi Bandaraya JB Berhad.

Ribuan terimakasih diucapkan kepada semua jemputan yang sudi hadir meluangkan masa dan sekalung tahniah untuk  rakan-rakan ALK yang menjayakan majlis pada hari tersebut.

Bermula dari tarikh Mesyuarat Agung Kali ini, elaun kedatangan akan ditetapkan pada RM 60 untuk setiap kehadiran anggota. Manfaat kematian juga dinaikkkan kepada RM 1,000.00 bagi anggota yang aktif termasuklah pemandu-pemandu yang menyertai anak syarikat kami Mawar Radio Taxi sebagai pelanggan dan anggota Badan Kebajikan Koperasi dan Mawar Radio Taxi.

Alhamdulillah, walaupun tidak setinggi tahun-tahun yang lepas, dividen yang telah diberikan sebanyak 25% daripada nilai pegangan syer pada 31 Jun 2013 dan telahpun dibayar pada Ramadhan dan Syawal ini, memberikan sedikit keringanan dalam menyambut Aidilfitri yang mulia. Anggota yang masih belum menuntut dividen tersebut, bolehlah berjumpa admin pada waktu pejabat bagi mendapatkannya.

Atas persetujuan semua, manfaat mengerjakan haji, kecemerlangan anak dalam peperiksaan, tuntutan rawatan di hospital,manfaat musibah bencana telah ditambah bagi meringankan beban dan membantu serta mengalakkan anggota meningkatkan kualiti pendidikan anak masing-masing.Mudah-mudahan kejayaan kita tidak terhenti di dunia yang fana ini tetapi berterusan hendaknya diakhirat nanti.Insaallah.

Tahun 2014 juga merupakan tahun bersejarah dengan pemilikan aset tetap dua banggunan kedai 3 tingkat dilokasi strategik bersebelahan Terminal dan Plaza Larkin. Dengan pemilikan dua unit kedai pejabat ini, diharapkankan dapat mempelbagaikan pendapatan koperasi dari sumber-sumber ekonomi yang lain. Selaku MKD Clixster, kami merasakan sudah sewajarnya diujudkan pejabat operasi clixster di wilayah selatan dan amat molek jika bangunan yang sedia ada diguna pakai dengan imbuhan yang sewajarnya dari HQ Clixster Mobile Sdn Bhd.

Pendayung telah ditangan, perahu telah diair..ayuh rakan-rakan kita kayuh bersama menuju destinasi yang telah dirancang. Mudah-mudahan suatu hari nanti, perahu akan berubah menjadi kapal laut yang mampu meredah samudra yang luas.

Ameen

Setiausaha Kehormat
KPPTBJBB
(MKD Clixster)   

Tuesday 11 December 2012

MANFAAT SEBAGAI ANGGOTA


KEBAIKAN MENJADI ANGGOTA KOPERASI


Koperasi Pemandu-Pemandu Teksi Bandaraya Johor Bahru Berhad telah ditubuhkan sejak 17 tahun yang lalu dan memberi perkhidmatan teksi kepada penduduk di Daerah Johor Bahru. Hanya anggota yang berdaftar dengan koperasi ini saja yang dibenarkan memandu teksi berkenaan. Koperasi akan memilih anggota untuk mengusahakan teksi berkenaandan pemilihan dijalankan berdasarkan kepada disiplin diri anggota, cara pemanduan, rekod pemanduan lama dan kesungguhan yang di tunjukan serta amanah. Berdasarkan kepada kriteria berkenaan keselamatan penumpang adalah keutamaan yang diambil berat oleh pengurusan koperasi dalam pemilihan pemandu. Penumpang akan berasa selesa dan selamat kerana tahu dimana untuk mengadu sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak di ingini terhadap mereka.

Sebagai anggota Koperasi yang berdaftar dan memandu teksi Koperasi, Anggota tersebut dilindungi Insuran Takaful berkelompok disamping secara automatik merupakan ahli badan kebajikan Koperasi dan Mawar Radio Taxi. Terdapat 8 Manfaat kebajikan yang diperolehi sebagai ahli Badan Kebajikan seperti:

1. Khairat Kematian               
               Anggota                              
               Isteri/anak                           
               Ibu/bapa/mertua                   
       
2. Hospitaliti (2 kali setahun-masuk wad 3 hari)
               Anggota                              
               Isteri/anak                            
               
3. Bersalin

4. Menunaikan Haji

5. Berkahwin

6. Bencana Alam

7. Kecemerlangan Pendidikan Anggota dan anak
              UPSR 
              PMR
              SPM
              STPM/Matrik
              Diploma / Ijazah

               

Wednesday 21 November 2012

BERITA MUTAKHIR

Blog ini diujudkan setelah blog yang dibuat pada awal tahun ini oleh setiausaha sesi 2011/2012 tidak dapat dibuka disebabkan alamat e-mail dan pasword yang tak sama.

Mudah-mudahan blog yang admin buat selaku setiausaha Koperasi sesi 2012/2013 ini akan memberi manfaat kepada anggota koperasi pemandu teksi JB berhad khasnya dan seluruh anggota koperasi di Malaysia amnya.

Insaalah