17 May 2014 telahpun berlalu 3 bulan lebih lamanya.
Tarikh bersejarah bagi koperasi kami bersempena Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke 18 dan perasmian operasi 27 teksi Persona oleh bekas Yang Dipertua koperasi dahulunya dan kini YAB Menteri Besar Johor.
Kehadiran Mesyuarat Agung kali ini juga merupakan rekod kehadiran tertinggi disepanjang 18 tahun ujudnya koperasi Pemandu Teksi Bandaraya JB Berhad.
Ribuan terimakasih diucapkan kepada semua jemputan yang sudi hadir meluangkan masa dan sekalung tahniah untuk rakan-rakan ALK yang menjayakan majlis pada hari tersebut.
Bermula dari tarikh Mesyuarat Agung Kali ini, elaun kedatangan akan ditetapkan pada RM 60 untuk setiap kehadiran anggota. Manfaat kematian juga dinaikkkan kepada RM 1,000.00 bagi anggota yang aktif termasuklah pemandu-pemandu yang menyertai anak syarikat kami Mawar Radio Taxi sebagai pelanggan dan anggota Badan Kebajikan Koperasi dan Mawar Radio Taxi.
Alhamdulillah, walaupun tidak setinggi tahun-tahun yang lepas, dividen yang telah diberikan sebanyak 25% daripada nilai pegangan syer pada 31 Jun 2013 dan telahpun dibayar pada Ramadhan dan Syawal ini, memberikan sedikit keringanan dalam menyambut Aidilfitri yang mulia. Anggota yang masih belum menuntut dividen tersebut, bolehlah berjumpa admin pada waktu pejabat bagi mendapatkannya.
Atas persetujuan semua, manfaat mengerjakan haji, kecemerlangan anak dalam peperiksaan, tuntutan rawatan di hospital,manfaat musibah bencana telah ditambah bagi meringankan beban dan membantu serta mengalakkan anggota meningkatkan kualiti pendidikan anak masing-masing.Mudah-mudahan kejayaan kita tidak terhenti di dunia yang fana ini tetapi berterusan hendaknya diakhirat nanti.Insaallah.
Tahun 2014 juga merupakan tahun bersejarah dengan pemilikan aset tetap dua banggunan kedai 3 tingkat dilokasi strategik bersebelahan Terminal dan Plaza Larkin. Dengan pemilikan dua unit kedai pejabat ini, diharapkankan dapat mempelbagaikan pendapatan koperasi dari sumber-sumber ekonomi yang lain. Selaku MKD Clixster, kami merasakan sudah sewajarnya diujudkan pejabat operasi clixster di wilayah selatan dan amat molek jika bangunan yang sedia ada diguna pakai dengan imbuhan yang sewajarnya dari HQ Clixster Mobile Sdn Bhd.
Pendayung telah ditangan, perahu telah diair..ayuh rakan-rakan kita kayuh bersama menuju destinasi yang telah dirancang. Mudah-mudahan suatu hari nanti, perahu akan berubah menjadi kapal laut yang mampu meredah samudra yang luas.
Ameen
Setiausaha Kehormat
KPPTBJBB
(MKD Clixster)

No comments:
Post a Comment